An.
Nama yang dahulunya menjadi begitu manis dibibirku. Kini tidak lagi. Hampir tiga bulan perkara itu berlalu. Sebuah memori yang menjadi titik tolak bagaimana aku dapat menjadi diri aku yang sekarang ini.
Aku menjalinkan hubungan cinta dengannya. Pada mulanya aku yang sudah banyak kali dikecewakan berasa berat untuk menerima cintanya. Lama-kelamaan aku semakin menyayangi An. Aku yang begitu menitik beratkan soal agama dahulu kecundang di dalam perangkap cinta aku sendiri.
Dahulu aku tidak benarkan lelaki bukan mahram melihat auratku. Tetapi demi kasihkan An aku sanggup mempamerkan rambutku di depannya. Aku semakin bebas dan hubunganku dengan kawan baikku juga semakin renggang akibat aku sentiasa mengelak untuk luangkan masa dengannya dan banyak masa yang ku habiskan dengan An sahaja.
Aku lupa hukum agama yang selalu aku jaga, iaitu tidak akan membenarkan lelaki bukan mahram memegang tanganku. Akhirnya aku relakan demi An.
Aku masih ingat sewaktu aku dan An balik dari menonton wayang. Kami berborak di tempat tersembunyi di dalam keretanya,dengan tidak dijangka,dia cuba merabaku. Aku jadi marah dan mendiamkan diri. Aku terkejut..AKu yang percayakan dia selama ini tidak menyangka dia akan berbuat demikian.
An pula tidak memujukku malah marah dengan sikapku, katanya aku tak 'open minded'. Aku yang sangat mencintainya lama-kelamaan memujuknya kembali dan aku membiarkan sikapnya yang begitu ke atasku. Tetapi dia memujukku kembali. Kali ketiga aku berjumpa dengannya aku dengannya melakukan perkara yang sama. Dia memaksaku melakukannya.
Walau banyak perkara yang aku dan An telah lakukan, sehingga kini aku bersyukur kerana aku dan dia tidak berzina.
"Awak, kita berpisah sahaja lah," hatiku tersentak dengan kata-kata AN pada suatu hari.
Hatiku hancur. Ternyata aku dipermaikan oleh insan yang sangat aku sayangi.
Saat itu aku jadi seperti 'kucing hilang tanduk'. Tidak tentu arah. Aku masih ingin kembali bersama An.
Berkali-kali aku menghubungi An agar hubungan kami terjalin seperti dulu. Tetapi tidak satu pun panggilan dan mesejku dijawab olehnya.
Aku berkurung di dalam bilik setiap hari.
Menghabiskan masaku di depan laptop menghilangkan rasa rindu di hati terhadap An..........
0 comments:
Post a Comment