Fruity Strawberry Heart
THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 23, 2011

Mana jodohku?

Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.

Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa..

(1) Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

(2) Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

(3) Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa, andai mahu menerima cinta Adam..

(1) Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

(2) Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

(3) Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Nasihat...

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan BANTAHLA mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).

kadangkala kte merasa diri kte terlalu HEBAT ble ade sekelumit ilmu Allah yg kte "PINJAM" dr nya...dlm dakwah..menegur adalah salah satu methode yg terBaeq..namun teGurla dgn cAra Nabi..jgn samPai memalukan @ menjatuhkan air muke seseorang di hadapan org laen...bnyak hadis yg menunjukkan cara nabi menegur....bacela sndiri..ingt..ISLAM dismpaikan bersama,br ade berkat..

"jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

nabi mnyampaikan dakwah di Mekkah slama 10taoN,,dibantu dgn para sahabat yg bgitu hebat aqidah mereka..inikan kte yg terlalu jauh dibandingkan dengan para sahabat..tp nk berdakwah dgn sekolompok manusia yg masih terumbang-ambing aqidahnya..kan ke bgos klau berdakwah secara berjamai'...dalam dakwah:
1. Ilmu

2. Jemaah
Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan UMAT yang menyeru kepada al-Khair (Islam), menyuruh pada perkara ma’ruf dan mencegah dari perkara munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (Ali Imran: 104)
Imam Ath Thabary mendefinisikan kata ‘uummatun’ dalam ayat itu sebagai ‘jamaatun’ yang bermakna kelompok,,klau xcaye, bleh rujuk Tafsir ath-Thabary, juz 4

ummat Muhammad sampaikanlah dakwah secara hikmah n ilmiah..jgn maen somberono je..fikir2kan...

dah nk mati nie,,cube2la jauh dr mnyakitkan hati owg..khas bwt diri ini
Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Renunag2kn dan slmt beramal..

Antara kelucuan & Kebenaran ...
Lucu ya,
Wang RM2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya,
45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

Lucu ya,
Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam
berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya,
Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang,
tapi betapa mudahnya
bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya,
Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama
bacaannya.

Lucu ya,
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,tapi
novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya,
Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau
pertandingan bola sepak, dan berebut
cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya,
Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi
mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya,
Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi
sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran.

Lucu ya,
Semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara
atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya,
Kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran 2X.

NaSihat Nabi S.a.w. kpd Muaz b JabaL dan Abu Musa Al-Asya'ri:
" HendaKlah kamu permudahkan,JGN kamu mnyusahkan, dan gembiralah kamu, JGN menyebabkan org Lari dr kamu, dan hendaklah kamu berada dlm bersuke rela dan bekerjasama"
Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Hatiku sedih..

Sudah lama aku memendam perasaan kepadanya. Ketika sekolah menengah lagi tetapi dia seakan-akan tidak mengendahkan kehadiranku.
Mengapa???
Hingga pada satu masa dia ditempatkan sama tempat belajar denganku. Sama institusi pengajian. Gembira bukan kepalang aku dalam hati. Sebelum ini kami selalu berhubung. Tetapi sejak kebelakangan ini, aku dan dia seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain.


Tanggal 10 Mei 2011, aku melihat dia bersama seorang rakan sekelasnya. Memang pada mulanya aku telah mengetahui hubungan mereka tetapi belum pernah aku menjumpai mereka berdua-duaan.
Mengapa tidak aku???
sedangkan aku lebih dahulu mengenalinya. menyintainya dan meluahkan isi hatiku padanya. Kenapa dia tidak menyedari aku di sisinya..
Aku sedih bla melihat mereka bersama. Luaran aku cuba menahan air mataku daripada menitis. Aku tidak akan menangis kerananya lagi. Cukuplah malam itu..
Aku harap kau jangan ganggu aku lagi. Biarlah aku dengan kehidupanku sendiri dan biarlah aku melupakan segala apa yang dah terjadi... Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pertama kalinya...


An.
Nama yang dahulunya menjadi begitu manis dibibirku. Kini tidak lagi. Hampir tiga bulan perkara itu berlalu. Sebuah memori yang menjadi titik tolak bagaimana aku dapat menjadi diri aku yang sekarang ini.
Aku menjalinkan hubungan cinta dengannya. Pada mulanya aku yang sudah banyak kali dikecewakan berasa berat untuk menerima cintanya. Lama-kelamaan aku semakin menyayangi An. Aku yang begitu menitik beratkan soal agama dahulu kecundang di dalam perangkap cinta aku sendiri.
Dahulu aku tidak benarkan lelaki bukan mahram melihat auratku. Tetapi demi kasihkan An aku sanggup mempamerkan rambutku di depannya. Aku semakin bebas dan hubunganku dengan kawan baikku  juga semakin renggang akibat aku sentiasa mengelak untuk luangkan masa dengannya dan banyak masa yang ku habiskan dengan An sahaja.
Aku lupa hukum agama yang selalu aku jaga, iaitu tidak akan membenarkan lelaki bukan mahram memegang tanganku. Akhirnya aku relakan demi An.
Aku masih ingat sewaktu aku dan An balik dari menonton wayang. Kami berborak di tempat tersembunyi di dalam keretanya,dengan tidak dijangka,dia cuba merabaku. Aku jadi marah dan mendiamkan diri. Aku terkejut..AKu yang percayakan dia selama ini tidak menyangka dia akan berbuat demikian. 
An pula tidak memujukku malah marah dengan sikapku, katanya aku tak 'open minded'. Aku yang sangat mencintainya lama-kelamaan memujuknya kembali dan aku membiarkan sikapnya yang begitu ke atasku. Tetapi dia memujukku kembali. Kali ketiga aku berjumpa dengannya aku dengannya melakukan perkara yang sama. Dia memaksaku melakukannya.
Walau banyak perkara yang aku dan An telah lakukan, sehingga kini aku bersyukur kerana aku dan dia tidak berzina.
"Awak, kita berpisah sahaja lah," hatiku tersentak dengan kata-kata AN pada suatu hari.
Hatiku hancur. Ternyata aku dipermaikan oleh insan yang sangat aku sayangi.
Saat itu aku jadi seperti 'kucing hilang tanduk'. Tidak tentu arah. Aku masih ingin kembali bersama An.
Berkali-kali aku menghubungi An agar hubungan kami terjalin seperti dulu. Tetapi tidak satu pun panggilan dan mesejku dijawab olehnya.
Aku berkurung di dalam bilik setiap hari.
Menghabiskan masaku di depan laptop menghilangkan rasa rindu di hati terhadap An..........

Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 16, 2011

Utk kaum Adam dan Hawa


Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam
Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mengapakah Ibumu Menangis?


alt
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada
Read More..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed