Fruity Strawberry Heart
THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 17, 2011

Kau Yang Kucinta


alt
Suamiku,
Hadirmu dalam hidupku,
Membawa sinar kebahagiaan,
Meskipun perkenalan yang singkat,
Hati kecil ini mengiyakan,Kaulah yang bertakhta di hati ini.Suamiku,
Kenangan bersamamu meredah hujan dan panas,
Tak kan pernah kulupa,
Biar basah, biar terbakar kulit ku ini,
Namun,
Ku bahagia bersamamu,
Ingin ku selalu begitu,
Selamanya.
Suamiku,
Kau mengimpikan keluarga kita sempurna,
Kau mengimpikan seorang zuriat,
Zuriat yang menjadi tanda cinta suci kita,
Hari yang dinanti penuh debar,
Dapat ku rasakan,
Ada sesuatu di dalam rahim ku.
Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kita selama ini,
Aku mengandungkan zuriatmu,
Saat dikhabarkan berita itu,
Ingin rasanya aku beritahu satu dunia,
Betapa bahagianya aku saat itu,
Terserlah  di wajahmu, terukir sebuah senyuman,
Aku bersyukur padaMu ya Allah.
Suamiku,
Aku tidak cukup kuat untuk menahan loya,
Hari-hari kulalui dengan membawa plastik ke kiri dan kanan ku,
Ku bawa kemana sahaja,
Ia menjadi teman setiaku,
Suamiku,
Ku tahu, jauh dilubuk hatimu,
Kau sedih melihat keadaan ku,
Kugagahi juga, kerana aku sayangkan dirimu,
Aku juga sayangkan anak kita.
Suamiku,
Hari-hari kita lalui dengan penuh harapan,
Kupenuhi hari-hari ku dengan menatap wajahmu,
Ku tatap gambarmu,
Impianku, agar anak kita mewarisi sifatmu yang penyayang,
Dan halus budi pekerti,
Aku ingin anak kita menjadi seperti mu.
Suamiku,
Sesuatu yang tidak pernah kuduga,
Aku merasa kurang selesa,
Kandunganku menjadi seperti ada yang tidak kena,
Kukhabarkan padamu,
Dengan penuh risau dan gusar,
Kau bawa ku ke klinik.
Suamiku,
Maafkanlah aku,
Bukan niatku nak meminta-minta,
Apatah lagi menunjuk-nunjuk,
Permintaan ku untuk melahirkan anak kita,
Ingin ku lahirkan dia di klinik swasta,
Membuatmu kurang enak duduknya,
Kutahu kau bimbang bayarannya nanti,
Tak termampu oleh mu.
Suamiku,
Setiap detik, setiap saat,
Kau sentiasa di hatiku,
Meskipun sakit yang ku tanggung,
Umpama bersabung nyawa,
Namun ku bersyukur kau sentiasa disisiku,
Kau setia menemani ku,
Ku cuba sorokkan semampu ku,
Betapa sakitnya aku ketika itu.
Suamiku,
Lebih 12 jam aku di dalam bilik bersalin,
Namun aku belum lagi nak melahirkan,
Kuingati pesan mak dan pesan mama,
Pohon kemaafan dan keampunan daripada mu,
Ingat pada-Nya,
insyaAllah, semua akan dipermudahkan,
dengan izin-Nya, insyaAllah.
Suamiku,
pada 18 Mac 2007,
Tepat jam 6.31 pagi,
Anak kita telah selamat kulahirkan,
Alhamdulillah,
Ingin rasanya ku sujud syukur pada-Mu.
Suamiku,
Kutahu kau terlalu gembira,
Gembira melihat anak kita yang baru dilahirkan,
Masih ku ingat, kau bisikkan terima kasih padaku,
Aku dalam keadaan separuh sedar,
Hanya mampu menahan sakit,
Inginku terus tidur kerana semalaman ku menahan sakit,
Aku tahu kau juga begitu,
Kau tidak dapat tidur dengan  nyenyak,
Kerana risaukan keadaan ku.
Suamiku,
Meskipun sakit,
Namun aku tak pernah serik untuk bersalin lagi,
Dapat ku rasakan, betapa nikmatnya saat melahirkan,
Ku gembira melihat wajahmu teruja melihat anak kita,
Syukur Alhamdulillah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments: